Republik Ireland mansuh peraturan pemakaian pelitup muka - Utusan Malaysia

Republik Ireland mansuh peraturan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Republik Ireland memansuhkan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di beberapa tempat awam di negara itu.

Peraturan itu digantikan dengan nasihat kesihatan awam yang menetapkan rakyat perlu memakai pelitup muka ketika berada dalam pengangkutan awam dan di pusat kesihatan.

Lapor BBC, peraturan penjarakan fizikal di sekolah ditarik balik manakala ujian saringan dan pengesanan Covid-19 juga akan dikurangkan.

Langkah itu bermakna hampir semua baki sekatan Covid-19 di negara itu sudah berakhir.

Bagaimanapun, pengunjung masih perlu menggunakan pasport vaksin sebagai bukti lengkap menerima suntikan vaksin atau keputusan ujian saringan negatif untuk melancong ke luar negara.

Prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mana-mana individu yang dijangkiti Covid-19 masih dikekalkan.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan di tempat pembelajaran, pusat jagaan kanak-kanak dan di sekolah juga akan dikekalkan.

Dilaporkan, program ujian antigen juga akan diteruskan.

Perubahan itu dibuat berdasarkan cadangan dikemukakan oleh Pasukan Kecemasan Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHET).

NPHET yang ditubuhkan pada Januari 2020 untuk menangani pandemik Covid-19, akan dimansuhkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya