LONDON: Ratu Britain, Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19 namun beliau hanya mengalami gejala ringan.
Lapor BBC, perkara itu dimaklumkan oleh Istana Buckingham dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut, ratu berusia 96 tahun itu dijangka meneruskan tugas biasanya di kediamannya di Istana Windsor pada minggu akan datang.
“Beliau akan terus diberi rawatan perubatan dan mengikut semua garis panduan yang bersesuaian,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, putera sulung ratu itu, Putera Charles disahkan positif Covid-19 pada 10 Februari lalu, dua hari selepas bertemu dengan Ratu Elizabeth di Windsor.
Difahamkan, kes jangkitan Covid-19 melibatkan beberapa individu di Istana Windsor turut dilaporkan.
Perdana Menteri, Boris Johnson mendoakan kesembuhan ratu Britain itu agar kembali sihat dengan segera.
Dilaporkan, Ratu Elizabeth II sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap. – AGENSI