BANGKOK: Kementerian Pelancongan Thailand merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Malaysia dan China mengenai skim gelembung pelancongan.
Skim itu bakal membolehkan pelancong dari China dan Malaysia masuk Thailand tanpa menjalani kuarantin, terutamanya mereka yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19.
Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn memaklumkan, kementerian itu bakal mengadakan perbincangan dengan kedua-dua negara berkenaan berhubung isu tersebut pada bulan ini.
“Thailand akan mengadakan perbincangan dengan China dahulu pada minggu ini susulan lawatan kerja ke negara itu.
“Kemudian, kami akan mengadakan perbincangan pula dengan Malaysia pada penghujung bulan ini,” katanya seperti yang dilapor Bangkokbiznews.
Dalam pada itu, pelancong China dijangka memasuki negara ini pada separuh kedua tahun ini memandangkan negara itu menutup pintu sempadannya bagi melaksanakan polisi sifar