Putin umum operasi ketenteraan di Ukraine

Putin umum operasi ketenteraan di Ukraine

putin
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine bagi mempertahankan kumpulan pemisah di timur negara itu.

“Saya sudah membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan,” katanya ketika membuat kenyataan mengejut menerusi siaran televisyen.

Keputusan itu dibuat selepas negara Barat dan Eropah saling berlumba-lumba mengenakan sekatan terhadap Rusia selepas Putin mengerahkan pasukan tentera memasuki timur Ukraine.

Putin sebelum ini menegaskan, kemasukan tenteranya ke timur Ukraine adalah bagi menjalankan ‘misi pengaman’ dan bukannya berperang seperti yang dicanang Barat.

Selain itu, Putin turut mengiktiraf dua wilayah kumpulan pemisah pro-Rusia sebagai republik merdeka.

Sementara itu,  Ukraine mengisytiharkan darurat semalam dan menggesa semua rakyatnya yang berada di Rusia supaya segera pulang ke negara ini.

Moscow pula mula memindahkan kedutaannya di sini ketika krisis antara kedua-dua negara terus memuncak.

Insiden pertempuran antara pasukan tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia juga dilaporkan semakin sengit di timur negara ini.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk untuk menyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Ukraine. Biarpun ratusan ribu tenteranya berada di kawasan sempadan.

“Saya tidak boleh ramalkan apa yang akan berlaku selepas ini,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy ketika mengisytihar darurat.

Selain itu, Kyiv turut mengumumkan perkhidmatan ketenteraan wajib kepada semua golongan lelaki dewasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya