KYIV: Pemimpin di kedua-dua kawasan yang didiami oleh puak pemisah di timur Ukraine mengumumkan pemindahan penduduk sejak semalam, ekoran dakwaan Ukraine merancang melakukan serangan.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berulang kali menegaskan tiada sebarang serangan dan menolak sebagai ‘laporan palsu oleh Rusia’.
Ratusan ribu penduduk tinggal di rantau itu dan pemindahan sedemikian akan menjadi satu usaha yang sangat besar.
Setakat ini, tiada sebarang petunjuk akan berlaku pemindahan besar-besaran, tetapi media Rusia melaporkan beberapa bas yang membawa penduduk tempatan sudah menuju ke Rusia.
Ketua Republik Rakyat Donetsk (DNR), Denis Pushilin mengumumkan pemindahan tersebut menerusi video yang dirakam Jumaat lalu.
Bagaimanapun, analisis BBC menunjukkan video itu dirakam dua hari lalu, sebelum permusuhan semakin meningkat.
Kremlin memaklumkan Putin mengarahkan kem pelarian didirikan berhampiran sempadan dan bantuan kecemasan dibayar kepada penduduk yang tiba dari kawasan puak pemisah.-BBC