Presiden Turki anjur rundingan damai Ukraine-Rusia - Utusan Malaysia

Presiden Turki anjur rundingan damai Ukraine-Rusia

RECEP Tayyip Erdogan (kiri) dan dan Volodymyr Zelensky mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mengadakan perbincangan di Kyiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menawarkan diri menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak Ukraine-Rusia selepas mengadakan lawatan ke Ukraine, Khamis lalu. 

Recep Tayyip berusaha memanfaatkan hubungan istimewa dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan mendapatkan sokongan padu Ukraine untuk mengadakan rundingan damai tersebut. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen Recep Tayyip dan menegaskan beliau bersedia melakukan ‘segala perkara dalam semua platform dan format’ bagi membawa keamanan di Ukraine. 

Wartawan Al Jazeera, Sinem Koseoglu yang melaporkan dari Istanbul berkata, Recep Tayyip menjadi ‘pengantara antara Ukraine dan Rusia kerana percaya beliau boleh bercakap secara bebas dan berterus terang’ dengan Zelensky dan Putin.

“Recep Tayyip tidak suka melihat dua negara jiran dalam konflik. Namun, sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), jika Rusia menyerang Ukraine, Turki tetap akan mengambil tindakan bagi menghalang sayap timur pakatan tentera transatlantik.

“Sudah tentu Turki dan Rusia mempunyai hubungan strategik apabila melibatkan Libya, Syria dan Nagorno-Karabakh. Recep Tayyip perlu berhati-hati semasa menangani isu ini kerana beliau mempunyai beberapa kepentingan negara yang dipertaruhkan,” kata wartawan tersebut. 

Bagaimanapun, perancangan Presiden Turki itu kelihatan sukar direalisasikan selepas kemarahan Kremlin mengenai anggota NATO Turki yang membekalkan dron tempur ke Kyiv. 

Semasa usaha mengukuhkan hubungan diplomatik semakin giat dirancang, Washington sekali lagi menimbulkan kemarahan Moscow selepas mengumumkan penempatan tentera baharu kepada dua anggota timur NATO. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya