Presiden Peru tanggal topi koboi, mahu baiki imej politik - Utusan Malaysia

Presiden Peru tanggal topi koboi, mahu baiki imej politik

PEDRO CASTILLO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Presiden Peru, Pedro Castillo mengambil pendekatan untuk menanggalkan topi koboi berwarna putih yang sering dipakainya dalam usaha menaikkan semula popularitinya yang semakin merosot selepas dibelenggu krisis politik. 

Topi tersebut menjadi simbol penting bagi imej guru sekolah di kawasan luar bandar yang merendah diri sekali gus membantu melonjakkan dirinya ke jawatan presiden.  

Dalam tempoh tiga hari lalu, Castillo muncul di khalayak ramai tanpa ‘sombrero‘ yang sering dipakainya. 

Setelah dipaksa melakukan rombakan Kabinet keempat dalam tempoh enam bulan beliau memegang jawatan presiden dan penolakan terhadapnya mencecah 60 peratus, Castillo dipercayai meminta nasihat Saul Alanya iaitu seorang jurulatih kepemimpinan dan imej diri. 

Penganalisis politik, Augusto Alvarez Rodrich menyindir langkah tersebut kerana beliau hanya menanggalkan topi tetapi bukan idea yang berada di bawahnya. 

Castillo dihujani kecaman semasa memegang jawatan presiden dalam tempoh singkat kerana dikatakan kurang pengalaman politik serta kemahiran pengurusan sehingga menyebabkan Kabinetnya tidak stabil. 

Presiden berusia 52 tahun itu berkata, beliau menjadi mangsa kempen oleh lawan politik dan beberapa media yang cuba memaksanya daripada berkuasa, mengecam ‘sikap anti-demokratik sektor tertentu yang hanya menggugat kestabilan negara’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya