Presiden AS gesa rakyat tinggalkan Ukraine segera - Utusan Malaysia

Presiden AS gesa rakyat tinggalkan Ukraine segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran beliau tidak akan menghantar pasukan tentera untuk menyelamatkan rakyat negara ini di Ukraine sekiranya Rusia menyerang negara itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua rakyat AS yang masih ada di Ukraine supaya serta-merta meninggalkan negara itu.

Katanya, keadaan boleh berubah menjadi ‘di luar kawalan’ pada bila-bila masa.

“Rakyat AS di Ukraine perlu segera keluar dari negara itu kerana kita berdepan dengan ancaman ketenteraan paling besar di dunia.

“Situasi boleh menjadi sangat tidak menentu pada bila-bila masa dan kita tidak akan menghantar pasukan tentera ke Rusia untuk menyelamatkan anda semua,” kata Biden.

Beliau menegaskan, AS tidak akan terlibat dalam perang yang dilakukan Rusia.

Sementara itu, Rusia dan Ukraine kelmarin memaklumkan, mereka gagal mencapai kata putus dalam rundingan yang dilakukan bersama Jerman dan Perancis.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pula berharap ‘kesabaran dan diplomasi’ masih boleh digunakan untuk meredakan ketegangan antara Ukraine dan Rusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya