Polis Kanada dan penunjuk perasaan 'bergasak' di Ottawa

Polis dan penunjuk perasaan ‘bergasak’ di Ottawa

ANGGOTA polis berjalan melepasi bangunan Parlimen Kanada selepas penunjuk perasaan yang protes di kawasan itu disuraikan di Ottawa, Ontario, Kanada. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Polis antirusuhan berusaha menyuraikan protes penunjuk perasaan yang berhimpun di pusat bandar Ottawa dengan menggunakan belantan, semburan lada dan menahan ratusan individu.

Tindakan berkenaan dilakukan ketika pasukan penguatkuasa berusaha untuk menyuraikan penunjuk perasaan membantah peraturan Covid-19 yang masih berkumpul di ibu negara Kanada.

Ratusan anggota polis dikerahkan ke pusat bandar itu berdepan situasi tegang dengan penunjuk perasaan berani melemparkan tong gas ke arah polis yang mara ke hadapan.

Penunjuk perasaan juga masing-masing memegang tangan sesama mereka sambil melaungkan slogan ‘kebebasan’.

Polis dengan bantuan kenderaan taktikal dan diawasi penembak, berjaya menyuraikan penunjuk perasaan di Wellington Street di hadapan bangunan Parlimen Kanada menjelang tengah hari waktu tempatan.

Lokasi itu merupakan pusat demonstrasi yang diketuai kumpulan pemandu trak yang bermula hampir sebulan lalu.

Beberapa kenderaan ditunda malah khemah, gerai makanan dan kemudahan lain yang didirikan oleh penunjuk perasaan dirobohkan.

Ketua Polis Interim Ottawa, Steve Bell dalam satu sidang akhbar memaklumkan ‘tindakan penting’ diambil pada hari kedua operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Beliau bagaimanapun memberi amaran protes itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Di tepi jalan sekitar Parlimen, polis menggunakan pembesar suara untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan memberi amaran bahawa mereka akan ditahan jika enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Dilaporkan, ratusan penunjuk perasaan tidak mengendahkan amaran tersebut dansanggup berhimpun dalam cuaca sejuk hingga ke malam sambil mengibarkan bendera Kanada dan menyalakan bunga api.

Menurut Bell, seramai 170 individu ditahan sejak bermulanya operasi termasuk 47 orang pada Sabtu lalu.

Beliau juga mengecam penunjuk perasaan yang membawa kanak-kanak sekali gus meletakkan mereka dalam risiko ketika operasi polis. 

Ketika ketegangan semakin memuncak, polis menggunakan semburan lada terhadap penunjuk perasaan yang bertindak agresif terhadap anggota penguatkuasa.

Sementara itu, pihak penganjur demonstrasi ‘Konvoi Kebebasan’ mendakwa polis memukul dan memijak penunjuk perasaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya