PM Kanada beku akaun bank peserta protes antivaksin

PM Kanada beku akaun bank peserta protes antivaksin

SEORANG wanita memegang sepanduk semasa protes Covid-19 di Toronto. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengambil langkah mengejutkan dengan melaksanakan Akta Darurat bagi menghalang protes antivaksin berlanjutan di negara itu. 

Lapor BBC, Trudeau berkata, skop sekatan itu tidak mempunyai ‘had masa’, ‘munasabah’ serta tidak akan berlaku sebarang kerahan anggota tentera. 

Jelasnya, akta yang tidak memerlukan perintah mahkamah itu akan memberikan kebenaran kepada pihak bank membekukan akaun peribadi bagi sesiapa yang terlibat dalam protes. 

“Langkah ini bertujuan membuatkan rakyat Kanada lain berasa selamat dan melindungi pekerjaan setiap individu.

“Undang-undang akan digunakan buat sementara waktu dengan cara sangat khusus,” katanya dalam sidang akhbar. 

Sementara itu, ratusan peserta demonstrasi antivaksin dilihat masih kekal berhimpun di ibu negara Kanada yang memasuki minggu ketiga.  

Trudeau berkata, pihak polis akan diberikan ‘lebih banyak kelengkapan’ untuk memenjarakan atau mendenda peserta protes serta melindungi infrastruktur kritikal di bandar ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya