PM Jepun sedia hubungi Putin

PM Jepun sedia hubungi Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin malam ini, berhubung ketegangan di sempadan Ukraine.

Sumber pihak kerajaan memaklumkan, perancangan tersebut sudah dilakukan tanpa memaklumkan waktu spesifik.

Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, Tokyo kekal berpendirian bagi mencari jalan penyelesaian menerusi rundingan dialog.

Namun, sekiranya berlaku pencerobohan, Jepun tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Rusia termasuk mengenakan sekatan.

Selasa lalu, Kishida menyatakan kesediaan menyambung bantuan kecemasan bernilai AS$100 juta (RM400 juta) kepada Ukraine semasa bercakap dengan Presidennya, Volodymyr Zelenskiy.-REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya