Pesawat terhempas di Lautan Hindi, 14 penumpang dikhuatiri maut - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas di Lautan Hindi, 14 penumpang dikhuatiri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MORONI: Pasukan penyelamat di Pulau Comoros yang terletak berhampiran Madagascar giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat terhempas di Lautan Hindi.

Syarikat penerbangan AB Aviation memaklumkan, pesawat kecil Cessna yang membawa seramai 14 penumpang itu hilang dari radar kira-kira 2.5 kilometer dari destinasinya ketika terbang antara Moroni dan bandar Fomboni di pulau Moheli.

Kerajaan Comoros memaklumkan, 12 penumpang merupakan rakyat negara ini dan dua juruterbang warga Tanzania.

Jurucakap pihak berkuasa, Abdel-Kader Mohamed berkata, sebanyak tiga bot laju dikerah ke lokasi kejadian.

“Kami akan meneruskan operasi SAR esok dan selagi tiada mayat ditemukan, kami masih berpeluang menemukan mangsa yang hidup,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya