Pesakit Covid-19 di Britain tidak perlu berkurung lagi

Pesakit Covid-19 di Britain tidak perlu berkurung lagi

SEORANG remaja lelaki menerima suntikan vaksin Covid-19 secara pandu lalu di Blackburn, United Kingdom. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson merancang untuk menarik semula peraturan kuarantin kepada golongan yang dijangkiti Covid-19 pada minggu ini.

Britain bakal menjadi negara pertama di Eropah yang membenarkan individu dijangkiti Covid-19 melakukan aktiviti harian termasuk membeli-belah, menggunakan pengangkutan awam dan bekerja tanpa sebarang sekatan.

“Covid-19 tidak hilang serta-merta dan kita perlu belajar hidup dengan virus maut itu dan pada masa yang sama terus lindungi diri kita tanpa jejaskan kebebasan,” kata Johnson.

Selain itu, beliau juga bakal menerangkan lebih jelas butiran mengenai bagaimana negara ini boleh menghadapi ancaman varian baharu Covid-19 pada masa akan datang menerusi penelitian rapi dan kawalan berterusan.

Terdahulu, timbul laporan mengenai kerajaan Britain mahu menamatkan program ujian Covid-19 secara percuma dan mengurangkan kajian kesihatan awam.

Setakat ini, penduduk di England perlu menjalani kuarantin sekurang-kurangnya lima hari sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan dan kuarantin tanpa arahan jika positif Covid-19 atau mempunyai gejala.

Pihak berkuasa negara ini beranggapan melonggarkan kuarantin kendiri dan menggantikannya dengan garis panduan yang lebih ringkas bakal menjadikan Covid-19 ‘sama seperti penyakit lain’ yang ditangani oleh negara ini.

Kira-kira 85 peratus penduduk Britain berusia atas 12 tahun sudah mempunyai vaksinasi lengkap dan dua per tiga daripada populasi sudah menerima suntikan penggalak.

Britain merekodkan lebih 160,000 kematian dalam tempoh 28 hari dan menjadi negara Eropah kedua mencatatkan kes jangkitan tertinggi selepas Rusia.

Kebanyakan ahli Parti Konservatif pimpinan Johnson menyifatkan sekatan Covid-19 adalah tidak perlu memandangkan program vaksinasi sudah berjalan secara meluas.

“Campur tangan farmaseutikal yang diketuai oleh program vaksinasi akan terus menjadi pertahanan pertama kami.

“Kesedaran mengenai panduan kesihatan awam perlu dikekalkan, sama seperti semua penyakit berjangkit,” menurut kerajaan.

Sebelum ini, Johnson mengumumkan semua sekatan Covid-19 akan dihentikan menjelang bulan depan, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

Langkah itu turut diikuti oleh beberapa negara Eropah lain yang berpandangan sudah tiba masanya ‘melihat Covid-19 seperti perkara biasa’ dan hidup dengannya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya