Penjara mewah Britain mula dibuka - Utusan Malaysia

Penjara mewah Britain mula dibuka

STRUKTUR bangunan HMP Five Wells berbentuk salib mampu menampung sehingga 1,680 banduan. - BAV MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjara persendirian pertama Britain berkonsepkan mesra alam dan menawarkan beberapa kemudahan mewah untuk para banduan, dilaporkan sudah mula beroperasi.

Lapor Daily Mail, penjara HMP Five Wells yang terletak di  Wellingborough, Northamptonshire mula menempatkan kumpulan pertama banduan pada minggu lalu.

HMP Five Wells yang bernilai 253 juta pound (RM1.4 bilion) mampu menampung sehingga 1,680 banduan.

Selain dilengkapi sel yang terang dengan pemandangan tepi tasik menakjubkan, penjara itu juga menawarkan kemudahan mewah seperti padang bola sepak dan taman landskap yang indah untuk  banduan.

Penjara kategori C yang hanya menempatkan banduan lelaki dilaporkan akan memberi tumpuan khusus kepada pemulihan pesalah.

Ia merupakan antara matlamat kerajaan Britain dalam mewujudkan penjara berkonsepkan moden dan efisien yang sesuai untuk masa depan.  

Dilaporkan, penjara itu dikendalikan oleh syarikat keselamatan swasta GS4. 

Struktur bangunan penjara itu berbentuk salib malah setiap sel tidak mempunyai jeriji besi pada tingkap dan menawarkan pemandangan indah Sungai Nene. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya