Pencemaran lebih banyak sebabkan kematian dari Covid-19

Pencemaran lebih banyak sebabkan kematian dari Covid-19

SEORANG kanak-kanak mengutip plastik dan besi dari sebuah tapak pelupusan sampah di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Satu laporan alam sekitar mendedahkan pencemaran dihasilkan oleh negara dan syarikat menyumbang lebih banyak kes kematian di seluruh dunia berbanding Covid-19.

Laporan dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) turut menggesa ‘tindakan segera’ diambil untuk mengharamkan penggunaan beberapa bahan kimia toksik.

Menurut laporan itu, pencemaran berpunca daripada racun perosak, plastik dan bahan buangan elektronik menyebabkan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa dan sekurang-kurangnya sembilan juta kematian pramatang setahun.

Malah, jelas laporan itu, isu tersebut sebahagian besar diabaikan.

Berdasarkan pengumpul data Worldometer, setakat ini, pandemik Covid-19 menyebabkan hampir 5.9 juta kes kematian.

“Pendekatan semasa digunakan untuk menguruskan risiko akibat pencemaran dan bahan toksik secara jelas gagal sekali gus mengakibatkan pelanggaran hak terhadap persekitaran yang bersih, sihat dan mampan.

“Saya rasa kita mempunyai etika dan kewajipan undang-undang untuk melakukan dengan lebih baik,” jelas pengarang laporan, David Boyd yang juga pelapor khas PBB.

Laporan yang akan dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan, disiarkan dalam laman sesawang agensi antarabangsa itu.

Sementara itu, laporan itu menggesa pengharaman terhadap penggunaan polyfluoroalkyl dan perfluoroalkyl, bahan buatan manusia yang digunakan dalam produk isi rumah seperti perkakas memasak tidak melekat yang dikaitkan dengan kanser.

Ia turut digelar sebagai ‘bahan kimia selamanya’ kerana tidak mudah terurai.

Isu sisa bahan kimia ditetapkan sebagai sebahagian rundingan pada persidangan alam sekitar PBB yang akan diadakan di Nairobi, Kenya bermula 25 Februari ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya