Peluru tertanam dalam tengkorak, lelaki jumpa jawapan sakit kepala selama 20 tahun - Utusan Malaysia

Peluru tertanam dalam tengkorak, lelaki jumpa jawapan sakit kepala selama 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHENZEN: Seorang lelaki tidak menyangka sakit kepala yang dialaminya selama 20 tahun disebabkan oleh sebutir peluru yang tertanam dalam tengkorak kepalanya.

Xiao Chen memaklumkan dia sudah lama mengalami sakit kepala sehingga keadaan itu semakin serius sejak kebelakangan ini..

Pada mulanya, lelaki berusia 28 tahun itu menganggap sakit kepalanya disebabkan oleh kekurangan tidur, namun tanggapannya salah apabila kesakitan itu tidak reda sehinggalah dia pergi ke hospital.

Ketika melakukan imbasan, doktor di Hospital Umum Universiti Shenzen menemukan objek pelik pada bahagian kiri tengkorak lelaki tersebut.

Pemeriksaan teliti mendapati objek itu sebenarnya adalah peluru dan terus bertanya kepada Chen bagaimana peluru boleh tertanam dalam kepalanya.

Jelas lelaki itu, ketika dia berusia lapan tahun, dia dan abangnya bermain dengan pistol angin di rumah mereka sebelum mereka tertarik picunya dan peluru mengenai kepala Chen.

Takut dimarahi ibu bapa, Chen dan abangnya merahsiakan insiden itu, malah luka yang dialaminya juga tidak serius, selain tidak sakit, sekali gus tidak menyedari peluru tertanam dalam kepalanya.

Chen kemudiannya menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru tersebut dan kini kesihatannya semakin pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya