Pancaran kilat sepanjang 768 kilometer, terpanjang di dunia direkodkan - Utusan Malaysia

Pancaran kilat sepanjang 768 kilometer, terpanjang di dunia direkodkan

IMEJ satelit data menunjukkan pancaran kilat mencapai jarak sejauh 768 kilometer. - NOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Pancaran kilat sepanjang hampir 800 kilometer yang merentasi tiga negeri di Amerika Syarikat (AS) mencipta rekod baharu sebagai kilat paling panjang di dunia.

Lapor Daily Mail, pancaran kilat itu bermula berhampiran bandar Wiggins di Mississippi dan merentasi Louisiana serta Texas sebelum menuju ke arah Freeport di Teluk Mexico pada 29 April 2020.

Dilaporkan, pancaran kilat itu berlangsung selama 8.5 saat.

Menurut pakar di Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), pancaran kilat itu mencapai jarak sejauh 768 kilometer iaitu bersamaan jarak antara London dan bandar Hamburg di Jerman.

Pancaran itu mengatasi rekod dicatatkan sebelum ini di Rio Grande do Sul, selatan Brazil pada 31 Oktober 2018, dengan melebihi 60 kilometer.

Jawatankuasa pakar cuaca dan iklim ekstrem di WMO juga melaporkan rekod dunia baharu bagi tempoh pancaran kilat.

 Sementara itu, pancaran kilat melalui ribut petir direkodkan di Uruguay dan utara Argentina selama 17.1 saat pada 18 Jun 2020.

Ia merupakan 0.37 saat lebih lama berbanding rekod dicatatkan sebelum ini di Argentina pada 4 Mac 2019. 

“Ini adalah rekod luar biasa daripada kejadian petir tunggal,” kata pelapor WMO mengenai cuaca dan iklim ekstrem, Randall Cerveny.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya