Ottawa isytihar darurat reda bantahan wajibkan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Ottawa isytihar darurat reda bantahan wajibkan vaksin Covid-19

PENUNJUK perasaan menyalakan suar ketika menyertai protes membantah mandat vaksin Covid-19 di Ottawa, Kanada. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Datuk bandar Ottawa, Jim Watson mengisytiharkan darurat bagi meredakan ketegangan selepas golongan pemandu trak melancarkan protes selama 10 hari bagi membantah syarat mewajibkan mereka mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, protes itu berlaku pada skala yang tidak pernah terjadi sebelum ini sehingga terpaksa menyebabkan Ottawa diisytihar darurat.

“Situasi ini secara tidak langsung memberi gambaran bertapa bahaya dan serius ancaman terhadap keselamatan penduduk yang berpunca daripada protes berterusan.

“Sehubungan itu, kita memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk memastikan situasi kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Watson menyuarakan kekesalan kerana orang ramai turut menyertai tunjuk perasaan itu sehingga menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Namun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai langkah yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ketegangan bermula selepas golongan pemandu trak Kanada yang merentas sempadan melancarkan ‘Freedom Convoy‘ atau Konvoi Kebebasan bagi menentang mandat vaksin.

Namun, konvoi itu bertukar menjadi perhimpunan menentang langkah kesihatan awam dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya