Organisasi di Idaho hasilkan pewangi berbau kentang goreng - Utusan Malaysia

Organisasi di Idaho hasilkan pewangi berbau kentang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IDAHO: Sempena sambutan Hari Kekasih tidak lama lagi, Suruhanjaya Kentang Idaho menghasilkan minyak wangi berbau kentang.

Menurut suruhanjaya itu, pewangi yang dinamakan Frites by Idaho itu dihasilkan daripada kentang yang sudah disteril dan minyak pati.

Pewangi itu juga direka bagi memastikan baunya sama seperti kentang goreng yang segar.

Presiden suruhanjaya tersebut, Jamey Higham berkata, pewangi itu amat sesuai dijadikan hadiah kepada golongan yang amat menyukai kentang goreng.

“Anda tahu bagaimana bau kentang goreng yang baru digoreng. Baunya sangat menyelerakan,” katanya.

Pewangi yang dijual pada harga AS$1.89 (RM8) sebotol itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya