New York City pecat ribuan pekerja tidak ambil vaksin Covid-19

New York City pecat ribuan pekerja tidak ambil vaksin Covid-19

PENUNJUK perasaan melakukan protes membantah peraturan vaksin Covid-19 di New York pada 20 November tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: New York City dilaporkan memecat lebih 1,000 pekerja perbandaran yang gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Seramai 1,430 orang yang kehilangan pekerjaan itu mewakili kurang satu peratus daripada 370,000 pekerja perbandaran di bandar tersebut.

Malah, jumlah itu lebih rendah berbanding bilangan dianggarkan sebelum tarikh akhir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada Jumaat lalu.

Menurut Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam, ratusan pekerja menunjukkan bukti vaksinasi mereka atau sudah menerima vaksin Covid-19 selepas dimaklumkan akan dipecat sekiranya gagal berbuat demikian.

“Pekerja perbandaran berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan ketika pandemik, jadi dengan mengambil vaksin, mereka sekali lagi menunjukkan sanggup melakukan perkara betul untuk melindungi diri mereka dan semua penduduk bandar raya ini.

“Matlamat kami adalah sentiasa mengalakkan mereka mendapatkan vaksin dan bukannya memecat. Pekerja perbandaran sudah memenuhi matlamat tersebut,” kata Adam dalam kenyataan.

Daripada jumlah 1,430 pekerja yang dipecat, kira-kira 64 peratus bekerja di jabatan pendidikan bandar itu. 

Pada akhir bulan lalu, New York City menghantar notis kepada lebih 4,000 pekerja yang mewajibkan semua menunjukkan bukti sudah mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin atau bakal kehilangan pekerjaan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya