NATO hanya selamatkan negara anggota, tak berhasrat bantu Ukraine

NATO hanya selamatkan negara anggota, tak berhasrat bantu Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg melahirkan kebimbangan sekiranya serangan tentera Rusia di Ukraine bakal merebak ke negara anggota NATO lain. 

Disebabkan itu, beliau mengerahkan Pasukan Tindak Balas (NRF) NATO buat kali pertama bagi memperkukuhkan pertahanan dalam menghadapi pencerobohan Rusia terhadap Ukraine. 

Tindakan tersebut secara jelas langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan terhadap Ukraine, sebaliknya, hanya memperkukuhkan keselamatan negara sekutu lain.  

“Keadaan masih tidak menentu. Apa yang kita dapat lihat adalah tentera Ukraine berjuang dengan begitu berani berdepan pencerobohan tentera Rusia.

“Rusia melakukan pencerobohan besar-besaran terhadap Ukraine dan tentera Moscow bergerak ke Kyiv dengan tujuan menumbangkan pentadbiran Ukraine,” katanya selepas sidang kemuncak pemimpin NATO menerusi panggilan video. 

Stoltenberg memberi amaran pencerobohan Kremlin mewujudkan ‘normal baharu’ kerana mengancam keselamatan Eropah yang lebih luas melangkaui Ukraine yang bukan negara anggota NATO. 

“Kami telah mengukuhkan langkah pencegahan dan barisan pertahanan.

“Negara sekutu telah mengaktifkan rancangan pertahanan dan kami mengerahkan NRF di darat, laut, udara bagi mengukuhkan kedudukan dan bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kontingensi,” jelasnya.

Menurut Stoltenberg, pihaknya mempunyai lebih 100 jet yang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan mampu beroperasi di 30 lokasi berbeza. 

Selain itu, katanya, terdapat lebih 120 kapal di perairan utara hingga ke kepulauan Mediterranean. 

Jelasnya, persediaan itu bertujuan memelihara keamanan bagi mengelakkan serangan di Ukraine merebak ke negara sekutu NATO lain. 

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran secara terperinci mengenai hala tuju pasukan NRF dihantar dan terserah kepada komander tentera tertinggi NATO. 

NRF diwujudkan sejak 2003 yang terdiri daripada 40,000 kakitangan termasuk kontinjen kesediaan tertinggi melibatkan 8,000 tentera udara, laut dan operasi khas yang boleh dikerahkan dalam tempoh beberapa hari.-AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya