Nama Bangkok ditukar Krung Thep Maha Nakhon

Nama Bangkok ditukar Krung Thep Maha Nakhon

khrung thep
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pejabat Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu kota Thailand, iaitu dari Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon.

Lapor Bangkok Post, nama Bangkok, bagaimanapun akan terus digunakan.

Kabinet Thailand semalam meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota seperti yang dicadangkan ORST.

Nama rasmi baharu Bangkok itu tidak akan digunakan sehingga ia diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf rang undang-undang.

Selain itu, Kabinet juga meminta panel jawatankuasa tersebut untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan daripada Kementerian Luar Thailand.

Pengumuman itu yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet mingguan semalam, menyatakan bahawa jawatankuasa ORST mengenai kamus nama geografi antarabangsa, yang merangkumi pakar dari Kementerian Luar, mengemas kini ejaan nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota supaya ia sejajar dengan situasi terkini.

Panel tersebut kemudiannya menyerahkan senarai terbabit kepada Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.

Dalam pengumuman ORST, Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi baharu bagi ibu kota Thailand.

Selain itu, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi bagi negara lin termasuk Rom dan Roma bagi ibu kota Itali, ibu kota Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi taw dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya