Myanmar lanjutkan darurat enam bulan lagi - Utusan Malaysia

Myanmar lanjutkan darurat enam bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar mengumumkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi, sebagai persiapan bagi pilihan raya umum pelbagai parti.

Pelanjutan itu juga menandakan genap setahun junta tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa dengan menzalimi rakyat.

Berdasarkan undang-undang Perlembagaan, pihak berkuasa berhak melanjutkan tempoh darurat sekali gus menjadikan darurat di Myanmar memasuki tahun kedua.

Junta tentera merancang mengadakan pilihan raya pada Ogos 2023, bagi memberi tempoh masa secukupnya kepada rejim tentera melakukan persiapan pilihan raya serta meneroka cara untuk mengukuhkan cengkaman kuasa.

Darurat kali pertama diisytiharkan pada Februari tahun lalu, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan termasuk kaunselor negara dan presiden.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya