MUI minta umat Islam ganti solat Jumaat dengan solat Zuhur di rumah - Utusan Malaysia

MUI minta umat Islam ganti solat Jumaat dengan solat Zuhur di rumah

UMAT Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubah Emas di Depok, Jawa Barat pada September 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta umat Islam untuk menggantikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid dengan solat Zuhur di rumah masing-masing ketika negara ini berdepan dengan lonjakan kes Covid-19.

Setiausaha suruhanjaya itu, Miftahul Huda berkata, perkara itu sudah ditetapkan dalam Fatwa MUI Nombor 14 Tahun 2020 mengenai panduan ibadah ketika pandemik dan masih relevan berdasarkan situasi semasa.

“Sekiranya tempat tinggal kita mempunyai kes jangkitan Covid-19 yang tinggi, solat berjemaah boleh dilakukan di rumah masing-masing tanpa datang ke masjid dan solat Jumaat pula boleh digantikan dengan solat Zuhur,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Miftahul juga menjelaskan, ketika fatwa itu dikeluarkan, Indonesia dan semua negara di seluruh dunia masih berperang dengan koronavirus.

Namun kini, keadaan sudah berbeza kerana masyarakat sudah mengetahui tentang Covid-19 termasuk cara pencegahan.

“Biarpun kita semua sudah tahu tentang Covid-19 dan program vaksinasi membantu mengurangkan penularan, fatwa itu masih relevan untuk diguna pakai.

“Apa yang penting, kita jangan bersikap pentingkan diri, Jika mempunyai gejala atau disahkan positif Covid-19, kita hendaklah menjalani kuarantin dan bukannya bergerak bebas,” ujarnya.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 di Indonesia dilaporkan terus meningkat sehingga 40 kali ganda berbanding bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya