Moscow hantar bekalan darah kepada anggota tentera di sempadan

Moscow hantar bekalan darah kepada anggota tentera di sempadan Ukraine

moscow
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin membuat persediaan kecemasan termasuk menghantar bantuan perubatan dan bekalan darah bagi tentera Rusia yang berada di sempadan Ukraine. 

Difahamkan, lebih 100 trak tentera dihantar ke kawasan sempadan denngan 190,000 tentera Rusia sedia bertempur pada bila-bila masa. 

Langkah Moscow itu lebih merungsingkan Presiden AS, Joe Biden yang memberi amaran ia adalah sebagai langkah persediaan ‘melancarkan serangan ketenteraan terhadap Ukraine’.

“Ini adalah permulaan pencerobohan oleh Rusia. Anda tidak perlukan bekalan darah melainkan merancang untuk melancarkan perang,” tegas Biden.  

Menurut penganalisis Barat, Kharkiv yang merupakan bandar kedua terbesar di Ukraine dan terletak berhampiran sempadan. Ia berkemungkinan besar menjadi lokasi sasaran Rusia untuk melakukan pencerobohan. 

Sumber risikan Ukraine mendedahkan, Putin sudah menggerakkan lebih 10,000 tentera Rusia di Donetsk dan Luhansk. 

Difahamkan, seramai 6,000 tentera dihantar ke Donetsk dan 5,000 lagi ke Luhansk, manakala, baki 1,500 ke bandar Horlivka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya