Minta jangan dihidangkan snek kacang, wanita dilarang naik pesawat - Utusan Malaysia

Minta jangan dihidangkan snek kacang, wanita dilarang naik pesawat

SOPHIE DRAPER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Tindakan seorang wanita yang meminta kru penerbangan supaya tidak menghidangkan snek kacang kepada penumpang kelas pertama menyaksikan dia ‘diusir’ dari kapal terbang.

Sophie Draper yang merupakan jurutera elektrikal mendakwa dilayan berat sebelah oleh petugas American Airlines kerana mempunyai alahan yang serius terhadao kekacang.

Wanita berusia 26 tahun itu memaklumkan, tahap alahannya amat kritikal dan boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk melalui ‘bawaan udara’.

Ketika kejadian, Draper bersama teman lelakinya ingin menaiki penerbangan ke Heathrow, namun mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat susulan ‘masalah kesihatan yang dihadapinya’.

Sebelum berlepas, Draper meminta petugas syarikat penerbangan itu supaya tidak menghidangkan sebarang snek kacang kepada penumpang, namun permintaannya ditolak.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, snek kacang merupakan antara hidangan yang wajib diberi kepada penumpang kelas pertama.

Selain itu, American Airlines juga nenyatakan adalah bertentangan dengan polisi syarikat untuk membuat pengumuman berhubung alahan makanan ketika dalam penerbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya