CALIFORNIA: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap dalam keadaan berbogel selepas bertindak tidak menentu dengan melepaskan tembakan di dalam bas Greyhound di California Utara.
Tembakan itu menyebabkan seorang wanita berusia 43 tahun terbunuh dan empat yang lain cedera.
Asaahdi Coleman melepaskan tembakan ketika penumpang keluar dari bas menuju ke Los Angeles selepas berhenti di sebuah kedai serbaneka di bandar Oroville, Rabu lalu.
Sheriff di County Butte, Kory Honea berkata, pihaknya menerima panggilan selepas pukul 7.30 malam mengenai seorang penumpang ditembak di dalam bas.
Katanya, pihak polis berjaya menemukan kelongsong peluru berukuran sembilan milimiter di dalam pengangkutan awam itu.
“Selepas melepaskan tembakan, lelaki itu melarikan diri ke kedai serbaneka Walmart dan bergaduh dengan pelanggan di sana.
“Selepas pergaduhan itu berjaya disuraikan, lelaki itu berlalu pergi dan mula menanggalkan pakaiannya sebelum diberkas,” katanya.-AP