Lelaki Turki positif Covid-19 sebanyak 78 kali - Utusan Malaysia

Lelaki Turki positif Covid-19 sebanyak 78 kali

MUZAFFER Kayasan menjalani kuarantin selama lebih setahun akibat dijangkiti Covid-19 78 kali. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seorang lelaki berusia 56 tahun di Turki dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti virus itu, November 2020.

Lapor Oddity Central, Muzaffer Kayasan ‘terkurung’ di hospital dan rumahnya ketika proses kuarantin selama lebih setahun.

Kayasan kini berusaha mencari jalan kembali menjalani kehidupan lamanya.

Selepas dijangkiti Covid-19 pada November 2020, Kayasan dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan sehingga jangkitannya semakin pulih.

“Dia berjaya mengatasi gejala teruk Covid-19, namun virus itu masih kekal dalam badannya sehingga setiap ujian saringan dilakukannya menunjukkan positif.

“Keadaan itu memaksa Kayasan menjalani kuarantin sama ada di hospital atau rumah,” jelas laporan itu.

Menurut doktor, badan Kayasan masih menyimpan virus tersebut selepas tempoh sekian lama, disebabkan lelaki itu merupakan pesakit leukemia dan mengalami  gangguan imun.

“Dia diberi ubat untuk meningkatkan sistem imunnya namun prosesnya agak panjang dan sukar,” katanya.

Tempoh kuarantin yang agak lama menjejaskan kehidupan sosial Kayasan sehingga menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakanrakannya.

Ketika ini, isteri dan anak bongsunya tinggal bersama, malah Kayasan hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya