NEW DELHI: Seorang lelaki di India mengaku tidak sengaja tertelan sebuah gelas semasa menikmati minuman teh.
Akibatnya, gelas tersebut berada di dalam perutnya dan terpaksa menerima rawatan di hospital swasta di Madipur, Bihar, lapor Metro.
Lelaki itu pada mulanya dimasukkan ke hospital akibat sembelit dan sakit perut yang teruk.
Semasa menjalani ujian ultrabunyi dan sinar-X, doktor mendapati sesuatu pelik yang berlaku.
Pakar mendapati berlaku ‘gangguan serius’ dalam usus dan mendapati ia adalah sebuah gelas kaca.
Pakar bedah gagal mengeluarkan objek tersebut dari bahagian rektumnya menerusi prosedur endoskopik dan kemudian memutuskan pesakit itu perlu menjalani pembedahan.
Pesakit berusia 55 tahun itu memberitahu perkara sebenar, namun doktor mempersoalkan saluran makanan terlalu sempit untuk dilalui objek tersebut.
Dr. Mahmudul Hasan yang mengetuai pembedahan tersebut masih tertanya-tanya sehingga sekarang, bagaimana gelas tersebut boleh memasuki badan mangsa.
Pesakit itu kini dilaporkan berada keadaan stabil selepas pembedahan berjaya mengeluarkan gelas tersebut dari perutnya.