Lelaki tarik rambut wanita sampai tertanggal semasa turun bas di London - Utusan Malaysia

Lelaki tarik rambut wanita sampai tertanggal semasa turun bas di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita berusia 31 tahun diserang secara kasar sehingga menyebabkan rambutnya tertanggal dari kulit kepala.

Susulan serangan berbaur perkauman itu, pihak polis mengedarkan gambar lelaki yang dipercayai suspek serangan tersebut.

Kejadian berlaku di luar stesen kereta api East Croydon di selatan London.

Menurut polis, mangsa sedang turun dari bas Route 119 semasa serangan tersebut.

Lelaki tersebut menarik rambut mangsa dan memukul belakang kepalanya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian wajah.

Konstabel Detektif Becky Hughes menggesa orang ramai yang berada di lokasi kejadian atau mengecam wajah penyerang untuk tampil kehadapan.

“Keutamaan kami untuk melindungi jenayah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya