PARIS: Pasukan polis Perancis menembak mati seorang lelaki yang bersenjata pisau di sebuah stesen kereta api yang sibuk, di sini hari ini.
Lelaki itu dilaporkan menyerang dua anggota polis yang berkawal di stesen berkenaan menggunakan pisau sepanjang 30 sentimeter, kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan
Seorang wartawan sebuah stesen televisyen yang ketika itu berada di lokasi kejadian memuat naik video insiden itu dalam media sosial.
Berdasarkan video yang dikongsi, kedengaran dua bunyi tembakan dilepaskan.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek hilang kawalan dan membahayakan keadaan.
Turut senada, Menteri Pengangkutan, Jean-Baptise Djebbari memberitahu, tindakan (polis menembak mati suspek) dilakukan sebagai pertahanan diri. – AFP