Lelaki didakwa buang sampah selepas letak jambangan bunga atas kubur tunang - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa buang sampah selepas letak jambangan bunga atas kubur tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA: Seorang lelaki ditahan kerana didakwa membuang sampah merata-rata selepas meletakkan jambangan bunga atas kubur tunangnya.

Winchester Hagans dari Auburn didakwa melakukan kesalahan itu ketika mengunjungi kubur tunangnya, Hannah Leigh Ford.

Lelaki itu juga dilaporkan mendirikan sebuah kotak berisi bunga di tepi kubur tunangnya.

“Saya cuma ingin letakkan jambangan bunga atas kubur tunang saya seperti yang dilakukan oleh orang lain.

“Adakah itu menjadi kesalahan? Bunga dan sampah adalah dua benda berbeza,” katanya seperti yang dilapor New York Post.

Ford, 27, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Januari 2021, sebulan selepas Hagans melamarnya.

Tangkapan itu dibuat selepas bapa Ford, Tom Ford menandatangani waran polis.

Jelas Hagans, Tom tidak menyukai ideanya untuk membuat kotak berisi pokok bunga di tepi kubur Ford.

Katanya, kotak itu dibuat bagi membolehkan dia menanam bunga di dalamnya memandangkan mendiang tunangnya tidak suka dia mencabut bunga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya