Lelaki mengurat peninju Muay Thai, dapat tendangan 'ong bak' - Utusan Malaysia

Lelaki mengurat peninju Muay Thai, dapat tendangan ‘ong bak’

Pareploy Saeaia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki ‘bertemu buku dengan ruas’ apabila dibelasah seorang peninju Muay Thai wanita selepas menuang minuman atas kepalanya kerana berang ajakannya untuk mengenali wanita itu ditolak.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Chainarong Mareejan, 35, tidak menyedari wanita tersebut merupakan peninju Muay Thai terkenal, Pareploy Saeaia, 25.

Lapor Daily Mail, ketika kejadian, Chainarong meminta nombor telefon Pareploy ketika makan di sebuah gerai tepi jalan di Bangkok, baru-baru ini.

Pareploy dilaporkan menolak permintaan lelaki tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Chainarong berjalan ke arahnya dan menuang minuman atas kepalanya.

Berang dengan insiden itu, Pareploy terus bangun dari tempat duduknya dan menjerit ‘Lawan dengan aku jika engkau kuat sangat!’.

TANGKAP layar video menunjukkan Pareploy Saeaia menendang seorang lelaki kerana menuang minuman atas kepalanya di Bangkok, Thailand. – AGENSI

Menyedari tindakannya salah, Chainarong cuba melarikan diri dengan berjalan ke arah motosikalnya, namun segera diikuti Pareploy.

Kamarahan Pareploy memuncak apabila dia menendang perut dan badan lelaki tersebut sambil dia cuba ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Selain itu, lelaki itu juga ditumbuk pada muka sebelum dia menaiki motosikal dan beredar dari lokasi kejadian.

Insiden itu menyebabkan Chainarong yang bekerja di sebuah hotel di pecat dan polis mengarahkan kedua-duanya memohon maaf antara satu sama lain serta membayar denda sebanyak 1,000 baht (RM128).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya