NEW YORK: Dua pegawai bank Goldman Sachs berkomplot dengan menggunakan isteri mereka bagi menyembunyikan sogokan diterima kerana membantu menyelewengkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara, Tim Leissner membuat pengakuan tersebut semasa prosiding perbicaraan bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn di New York.
Leissner mengaku menerima sogokan daripada Jho Low yang menjadi orang tengah warga Malaysia kerana membantu menggelapkan dana yang dikumpul Goldman untuk 1MDB menerusi penjualan tiga bon.
Katanya, selepas penjualan pertama pada 2012, dia menerima AS$35 juta (RM147 juta) daripada Low dan memindahkan separuh daripadanya kepada Ng.
Mereka kemudian berbincang untuk ‘mereka-reka cerita’ bagi menjelaskan wang tersebut, supaya tidak menimbulkan kecurigaan pihak bank yang memprosesnya.-REUTERS