KYIV: Seorang wartawan penyiaran menjadi tular dalam media sosial selepas satu rakaman menunjukkan kemampuannya bertutur dalam enam bahasa berbeza ketika menyampaikan laporan berita dari Ukraine.
Lapor Daily Mail, Philip Crow ther memuat naik video montaj yang memaparkannya fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Luxembourgish, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Jerman di Kyiv.
Crowther yang bekerja sebagai korespondon antarabangsa bagi agensi berita Associated Press (AP), dirakam ketika menyampaikan berita secara langsung dengan berlatar belakangkan bangunan Freedom Square di ibu negara Ukraine.
Wartawan warga Britain-Jerman-Luxembourg itu melaporkan dari Kyiv mengenai krisis Rusia Ukraine bagi stesen penyiar berita di seluruh dunia.
Video montaj Crowther berjaya menarik perhatian pengguna media sosial dengan mendapat lebih 7.1 juta tontonan.
Video berkenaan turut menerima lebih 9,000 ciapan semula dan kira-kira 57,000 tanda suka.
Rata-rata warganet terpegun dengan kemampuan Crowther bertutur pelbagai bahasa.
“Saya kagum dengan wartawan ini yang fasih banyak bahasa, beliau amat berbakat,” kata seorang pengguna media sosial.