COPENHAGEN: Lapisan ais di Greenland kehilangan 4,700 gigaton ais sejak dua dekad lalu, sekali gus memberi amaran jumlah itu mencukupi untuk menenggelamkan Amerika Syarikat di bawah 0.3 meter air.
Lapor Daily Mail, penemuan itu hasil kajian analisis data Denmark dari satelit Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE) yang dikumpul dari April 2002 hingga Ogos 2021.
“Data menunjukkan kebanyakan ais hilang di sepanjang pinggir kepingan ais.
“Pemerhatian bebas juga menunjukkan ais semakin menipis dan terdapat tahap pencairan lebih tinggi dari permukaan ais,” kata penyelidik.
Penyelidik Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memberitahu, kehilangan ais amat teruk di sepanjang pantai Greenland Barat akibat pemanasan air di bawah permukaan yang mempercepatkan pencairan glasier.
“Kehilangan lapisan ais Greenland dan Antartika adalah antara penyebab utama kenaikan paras laut yang berpunca akibat perubahan iklim,” katanya.