ANTANANARIVO: Jumlah korban Ribut Tropikal Batsirai yang membadai Madagascar pada minggu lalu meningkat kepada 111 orang.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Madagascar, BNGRC memaklumkan, seramai 87 orang terkorban di daerah Ikongo, berhampiran pantai timur Madagascar.
Kira-kira 30,000 penduduk tinggal di pusat perlindungan sementara selepas Batsirai melanda negara ini.
Organisasi bantuan menzahirkan kebimbangan mengenai bekalan bantuan asas yang amat diperlukan penduduk terjejas ketika inni, terutamanya bekalan air bersih.
Madagascar merupakan satu daripada negara paling miskin di dunia dengan 42 peratus golongan kanak-kanaknya mengalami masalah malnutrisi. – AFP