Konvoi antipandemik Covid-19 'berjangkit' di AS

Konvoi antipandemik Covid-19 ‘berjangkit’ ke AS

ORANG ramai berkumpul untuk protes bersama pemandu trak dalam ‘Konvoi Rakyat' di Adelanto, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARSTOW: Ratusan pemandu trak dan penduduk di Amerika Syarikat (AS) berlepas dari selatan California menuju ke Washington dalam konvoi protes terhadap sekatan pandemik Covid-19.  

Diilhamkan oleh demonstrasi yang melumpuhkan sebahagian bandar Kanada selama beberapa minggu lalu, penganjur ‘Konvoi Rakyat’ menuntut kerajaan menamatkan peraturan pemakaian pelitup muka, pengambilan vaksin dan penutupan premis perniagaan bertujuan membendung penularan Covid-19.       

Konvoi itu yang bermula semalam dengan puluhan trak, dijangka mengambil masa selama 11 hari untuk tiba di Washington DC iaitu pada 5 Mac depan.

Dilaporkan, pihak berkuasa mengerahkan seramai 700 anggota Pengawal Kebangsaan untuk mengawal sekitar ibu negara berikutan bimbang berlaku lagi insiden seperti rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari 2021.

Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, anggota berkenaan tidak akan dilengkapi dengan senjata dan tidak diberi kuasa untuk menahan orang.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan melaporkan sebarang salah laku kepada polis.

Sejumlah kenderaan besar termasuk trak pembersih salji dan sampah dikerahkan di sekitar jalanan di ibu negara untuk menghalang akses ke lokasi sensitif. 

Penganjur konvoi menerusi laman sesawang menegaskan ia merupakan pergerakan bukan partisan yang merangkumi penyokong Republikan dan Demokrat. 

Menurut seorang peserta konvoi dari Idaho, Shane Class, meskipun orang ramai menyertai protes atas sebab berbeza namun mereka semua hanya mahukan perkara sama iaitu kebebasan. 

“Sudah tiba masanya, kerajaan memahami kehendak rakyat yang mahukan kebebasan itu dalam Perlembagaan,” katanya – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya