VILNIUS: Seramai 130 anggota tentera Jerman dan 60 kenderaan perisai tentera tiba di Lithuania, semalam.
Lapor Reuters, jumlah tersebut merupakan separuh daripada bantuan ketenteraan yang dirancang Jerman bagi pasukan NATO, ketika konflik Rusia-Ukraine semakin memuncak.
Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda berkata, beliau yakin Canselor Jerman, Olaf Scholz akan berusaha membela Lithuania sekiranya diserang.
“Tentera Jerman berada di wilayah kami untuk membela kami. Sekiranya ada ancaman terhadap Lithuania, mereka benar-benar bersedia melaksanakan tugas,” katanya.
Operasi pasukan ketenteraan Jerman di Lithuania akan berakhir minggu ini.
Leftenan Kolonel Daniel Andrae berkata, operasi tersebut bakal memperkuatkan pasukan tentera Jerman di Lithuania dengan lebih 350 tentera dan 100 kenderaan.
“Kami telah buktikan kemampuan membawa pasukan dalam waktu singkat dari jarak jauh,” katanya.