Koala kini rasmi sebagai spesies terancam - Utusan Malaysia

Koala kini rasmi sebagai spesies terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia secara rasmi menyenaraikan beruang koala di seluruh negara sebagai haiwan terancam.

Perkara itu dimaktubkan selepas haiwan berkenaan berdepan kesukaran meningkatkan populasi berikutan banyak insiden kebakaran hutan berlaku, sekali gus memusnahkan habitatnya.

Menteri Alam Sekitar, Sussan Ley berkata, penyenaraian itu secara tidak langsung koala perlu diberi perlindungan maksimum di New South Wales dan Queensland.

Sedekad lalu, koala yang dianggap sebagai simbol hidupan liar yang unik di Australia hanya disenaraikan sebagai ‘berisiko’.

“Kami mahu mengambil langkah segera dalam melindungi populasi koala di Australia.

“Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan dana berjumlah AS$36 juta (RM151 juta) bagi melindungi haiwan tersebut,” kata Ley.

Jumlah haiwan itu dianggarkan sebanyaj 185,000 ekor pada 2001 dan kini menurun kepada 92,100 pada tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya