Kesal suami curang, isteri upah buruh robohkan rumah - Utusan Malaysia

Kesal suami curang, isteri upah buruh robohkan rumah

SUDARMI kecewa dengan kecurangan suaminya sehingga dia mengupah buruh untuk merobohkan rumah mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONOROGO: Akibat sakit hati suaminya berlaku curang ketika dia merantau untuk bekerja, seorang wanita mengupah buruh bagi merobohkan rumah mereka.

Kejadian itu berlaku di Ponorogo, Jawa Timur dan rumah pasangan tersebut dianggarkan bernilai 300 juta rupiah (RM87,184).

Wanita itu dikenali sebagai Sudarmi, 40, dan suaminya, Purwanto, 35, namun pasangan itu kini sudah rasmi bercerai.

Menerusi video yang tular, sebuah jentera berat merobohkan rumah pasangan itu sambil disaksikan orang ramai.

Sudarmi memberitahu, dia merantau ke Jakarta kerana bekerja di sana manakala suaminya bekerja di Ponorogo.

“Rumah itu dibina pada 2017 hasil titik peluh kami berdua dan selepas saya mengetahui suami curang, saya berasa sunggguh kecewa.

“Saya kesal suami sanggup menduakan saya sedangkan saya merantau untuk membantunya cari rezeki,” katanya.

Wanita itu menegaskan, dia tidak menyesali perbuatannya kerana padanya, harta benda tidak boleh dibawa mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya