RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan pembatalan visa umrah tuan rumah dan akan mengemas kini sebarang perkembangan menerusi saluran rasmi.
Lapor Saudi Gazette, pengumuman pembatalan visa tersebut dibuat bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai hal itu.
Pihak kementerian sebelum ini memaklumkan visa umrah tuan rumah adalah tertakluk kepada piawaian dan keperluan mengawalnya.
Jelasnya, visa itu tidak akan dilaksanakan dan tiada masa khusus untuk mengaktifkannya.
Visa umrah itu membenarkan rakyat dan penduduk tempatan menjadi tuan rumah bagi jemaah dari luar Arab Saudi mengikut peraturan tertentu dan membolehkan mereka membawa tiga hingga lima jemaah.
Visa itu pernah dikeluarkan melalui pendaftaran status sivil bagi warganegara serta melalui status pemastautin penduduk.
Platform Absher mengesahkan tidak akan mengeluarkan visa umrah melalui platform tersebut dan meminta orang ramai berurusan dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai isu tersebut.