BEIJING: China mengambil pendekatan untuk tidak mengkritik tindakan Rusia menyerang Ukraine, biarpun didesak pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.
Timbalan Menteri Luar China, Hua Chunying ketika diasak media mengenai serangan Rusia di Ukraine, meminta supaya soalan itu ditanya kepada Amerika Syarikat (AS) dan bukannya China.
“Kenapa anda begitu obses dengan soalan itu (adakah China ingin kecam tindakan Rusia)?
“Anda sepatutnya tanya soalan itu kepada AS kerana negara itu yang ‘menyebabkan semua ini berlaku’, jika mereka (AS) tidak menyebarkan propaganda, perang ini mungkin tidak terjadi.
“Mungkin AS mempunyai pelan atau rancangan yang boleh membantu Ukraine ketika ini,” katanya seperti yang dilapor CNN.
Dalam pada itu, Chunying memaklumkan China akan mengimport bekalan gandum dari Rusia untuk ‘mengurangkan kesan sekatan’ oleh Barat sebelum ini.
Katanya, China akan mula mengimport bekalan tersebut dari Rusia bermula hari ini.