Kenapa AS tidak mahu hantar tentera ke Ukraine? - Utusan Malaysia

Kenapa AS tidak mahu hantar tentera ke Ukraine?

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pun sudah menetapkan negara ini tidak akan menghantar pasukan tentera ke Ukraine.

Berikut merupakan beberapa faktor mengapa keputusan itu dibuat oleh kerajaan pentadbiran Biden.

 

1) Tiada kepentingan negara

Ukraine bukan dalam lingkungan negara jiran AS. Negara itu tidak terletak di sempadan AS atau mempunyai mana-mana pangkalan tentera negara ini.

Selain itu, Ukraine juga tidak mempunyai simpanan minyak, malah bukan rakan dagang utama Washington.

 

2) Biden tidak lakukan campur tangan tentera

Biden sebelum ini menyokong tindakan ketenteraan AS untuk membantu konflik etnik di Balkan pada 1990-an, selain mengundi untuk negara ini melancarkan perang di Iraq pada 2003.

Namun, sejak itu, Biden dilihat semakin berhati-hati menggunakan kuasa berkaitan ketenteraan.

Presiden AS itu membantah bekas Presiden Barack Obama menyerang Libya dan pertambahan anggota tentera di Afghanistan.

Pada tahun lalu, Biden mempertahankan keputusannya untuk menarik balik semua anggota tentera di Afgahnistan, biarpun diselubungi pelbagai kritikan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyatakan Biden lebih berminat untuk menyelesaikan masalah berkaitan perubahan iklin, pencegahan wabak penyakit global dan bersaing dengan China berbanding melakukan campur tangan ketenteraan.

 

3) Rakyat AS tidak mahu peperangan lagi

Satu kaji selidik yang dilakukan oleh AP-NORC baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat negara ini bersetuju AS perlu memainkan peranan kecil dalam krisis Ukraine-Rusia, atau jangan masuk campur langsung.

 

4) Bahaya konfrontasi kuasa besar

Biden enggan mencetuskan satu lagi perang dunia apabila berlaku pertembungan antara tentera Rusia dan AS di Ukraine dan beliau sedar akan akibatnya.

“Hal itu (hantar tentera) bukanlah seperti kita berurusan dengan organisasi pengganas.

“Kita berdepan dengan satu daripada kusa tentera terbesar di dunia dan situasi ini sangat sukar, malah keadaan luar kawal boleh berlaku bila-bila masa,” kata Biden.

 

5) Tiada tanggungjawan perjanjian

Ukraine bukan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), maka AS tidak perlu ‘bersusah-payah’ untuk melindungi Ukraine. – BBC

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya