NUSA TENGGARA BARAT: Sebuah keluarga pengantin perempuan bertindak menyekat jalan di Kelurahan Monta Baru, Kecamatan Woja, Dompu, disebabkan pengantin lelaki tidak menghadirkan diri ke lokasi pernikahan.
Lapor Tribunnews, keluarga tersebut juga nekad mengadakan sekatan jalan selama sejam disebabkan terdapat seorang wanita dari kejiranan kelima kampung sama bakal melangsungkan perkahwinan hari yang sama.
Tindakan tersebut menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan bagi menyuraikan sekatan jalan yang diadakan.
Ketua Polis Woja, Zainal Arifin berkata, pihak polis cuba berunding dengan mengunjungi rumah keluarga pengantin lelaki, namun, tidak berjaya disebabkan mereka sudah berada di luar kota.
Disebabkan itu, katanya, pihak keluarga pengantin perempuan bersepakat mahu membawa melaporkan kes tersebut kepada pihak polis dan menjalani proses perundangan.
Kisah tersebut menjadi tular dalam media sosial dengan kelihatan seorang pengantin perempuan yang mengenakan baju pengantin berwarna kuning menangis sambil bersalaman dengan tetamu yang hadir.
Punca sebenar lelaki tersebut melarikan diri belum diketahui sehingga sekarang.