Kapal persiaran Itali terbakar di Greece

Kapal persiaran Itali terbakar di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Satu kebakaran berlaku di atas kapal persiaran Itali ketika merentasi Laut Ionian di Mediterranean hari ini.

Kapal itu membawa seramai 237 penumpang dan 51 anak kapal.

Jurucakap kerajaan, Kostas Katsafados bercakap kepada stesen radio Skai berkata, semua penumpang dalam perjalanan ke Itali dari bandar Igoumenitsa di Greece.

Katanya, semua penumpang dalam keadaan selamat dan dipindahkan untuk menaiki bot penyelamat.

Menurut polis, tiga bot tunda dan tiga bot pengawal dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu semua penumpang.

“Kaptem kapal Euroferry Olympia meminta semua penumpang supaya meninggalkan kapal itu dengan segera,” kata polis.

Dalam pada itu, semua penumpang dibawa ke pulau Corfu untuk mendapatkan perlindungan sementara.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi waktu tempatan di perairan utara Corfu yang terletak antara Greece dan Albania.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sudah dimulakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya