Kanak-kanak terjatuh 32 meter dalam perigi di Maghribi - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terjatuh 32 meter dalam perigi di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Usaha pasukan kecemasan untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen hampir tiba ke penamatnya.

Kanak-kanak lelaki yang dikenal pasti sebagai Rayan, lima tahun itu dilaporkan bermain berhampiran perigi itu yang terletak di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh sedalam 32 meter menerusi satu saluran sempit dalam perigi berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi dilakukan sejak Selasa lalu dan bakal ditamatkan pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, semua pihak berharap kanak-kanak itu dapat diselamatkan segera dan berdasarkan kamera yang dimasukkan ke dalam perigi itu, Rayan didapati masih hidup namun tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak itu juga mengalami kecederaan di bahagian kepalanya dan maklumat mengenai operasi menyelamatnya ditunggu-tunggu semua rakyat negara ini.

Pasukan keselamatan turut menyalurkan bekalan oksigen air dan makanan ke dalam perigi itu, selain pasukan perubatan sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan kecemasan.

Setakat ini, lubang sedalam 24 meter sudah digali dan pihak berkuasa memerlukan enam meter lagi untuk mengeluarkan Rayan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya