Kanada bergolak disebabkan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Kanada bergolak disebabkan vaksin Covid-19

PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Kanada ketika berkumpul berhampiran perkarangan Parlimen di Ottawa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Penunjuk perasaan sekali lagi membanjiri sekitar jalan raya di ibu negara Kanada untuk menyertai himpunan pemandu lori yang membantah syarat mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 untuk merentas sempadan Amerika Syarikat (AS). 

Kanada dan AS mengenakan syarat itu pada pertengahan Januari lalu dan ia disifatkan menjejaskan pergerakan pemandu yang perlu melalui sempadan 9,000 kilometer (km) iaitu terpanjang di dunia. 

Protes membantah mandat vaksin Covid-19 itu kini sudah memasuki minggu kedua, menyaksikan mereka mengibarkan bendera Kanada dan membawa sepanduk slogan antikerajaan dalam cuaca sejuk.   

Dilaporkan, polis meletakkan beberapa penghadang jalan untuk mengehadkan akses kenderaan ke pusat bandar.

Menurut polis, pihaknya menjangkakan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan menyertai ratusan pemandu lori yang sudah membanjiri sekitar jalanan di Ottawa.

Bagaimanapun, penganjur ‘Konvoi Kebebasan’ itu memaklumkan bilangan penunjuk perasaan yang menyertai protes tersebut akan meningkat kepada puluhan ribu.

Protes serupa juga dianjurkan di Toronto, Bandar Quebec dan Winnipeg.

Beberapa penunjuk perasaan dilaporkan mengibarkan bendera terdapat lambang konfederasi dan simbol Nazi dan bertelagah dengan penduduk tempatan. 

Sementara itu, seorang penduduk, Kimberly Ball dan suaminya memandu selama lima jam dari sebuah pekan di barat Toronto untuk menyertai demonstrasi tersebut.

“Ini bukan mengenai sama ada anda sudah mendapat vaksin atau tidak tetapi berhubung kebebasan kita, selain ramai hilang sumber rezeki disebabkan mandat ini,” ujarnya.

Konvoi Kebebasan yang bermula di pantai Pasifik Kanada pada akhir Januari lalu, berjaya menarik sokongan penduduk sepanjang perjalanan ke Ottawa dan meraih dana lebih AS$8 juta (RM33.4 juta) menerusi sumbangan dalam talian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya