Kabinet Britain dirombak - Utusan Malaysia

Kabinet Britain dirombak

BORIS Johnson - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melakukan rombakan Kabinet dengan mengubah
kedudukan beberapa menteri dalam pentadbirannya.

Usaha itu dilihat sebagai cubaan untuk meredakan kemarahan penggubal undang-undang termasuk
dalam kalangan Parti Konservatif sendiri berikutan beberapa siri skandal.

Johnson sebelum ini berjanji untuk menukar gaya kepemimpinannya dalam usaha memulihkan keadaan krisis yang didorong dengan penganjuran parti di pejabat dan kediamannya di Downing Street, ketika perintah berkurung Covid-19.

Dilaporkan, perubahan itu tidak membabitkan sebarang jawatan kanan Kabinet.

Selepas membuat beberapa pelantikan baharu pada barisan pentadbirannya, Johnson kemudian
merombak operasi pasukan ‘whip’.

Pasukan itu terdiri daripada sekumpulan penggubal undang-undang yang menguatkuasakan tatatertib dalam Parti Konservatif untuk memastikan ahli Parlimen menyokong dasar kerajaan.

Dilaporkan, Mark Spencer menjadi ketua House of Commons, mengambil alih jawatan daripada Jacob Rees-Mogg yang kini dilantik sebagai menteri Brexit.

Jawatan ketua whip kerajaan yang dipegang oleh Spencer pula digantikan oleh ahli Parlimen, Chris Heaton-Harris.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya