SYDNEY: Tonga berjaya berhubung semula dengan dunia luar hari ini berikutan pembaikan kabel dasar laut selesai dilakukan.
Kerja-kerja pembaikan itu dilakukan sebulan selepas letusan gunung berapi dan Tsunami yang memutuskan komunikasi ke negara pulau Pasifik yang terpencil itu.
Lapor Reuters, Ketua Eksekutif Tonga Cable, James Panuve berkata, orang ramai di pulau utama akan mendapat akses serta merta.
Beliau turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada syarikat telekomunikasi di pulau-pulau Pasifik bersebelahan, terutamanya di New Caledonia, yang menyediakan kabel panjang ketika Tonga kehabisan peralatan itu.
Pendeta Sekolah, Penisimani Akauola Tonga antara individiu yang pertama kali kembali aktif dalam media sosial sejak bencana melanda pulau kecil itu, pertengahan Januari lalu.
“Siaran pertama di Facebook sejak 15 Januari! Sangat bahagia untuk peluang ini. Kabel Malo Tonga & Kerajaan Tonga,” tulisnya.
Rakyat Tonga bergelut dengan perkhidmatan satelit sementara kerana pembaikan kabel dilakukan.
Kapal pembaikan Reliance mengambil masa selama 20 hari untuk menggantikan bahagian 92 kilometer (km) kabel gentian optik dasar laut sepanjang 827 km yang menghubungkan Tonga ke Fiji serta rangkaian antarabangsa lain.